SELAMAT DATANG KE BLOG SK TAMAN BUKIT TIRAM


widgeo

Rabu, 11 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN

MARHABAN YA RAMADHAN,,,semakin jauh usia semakin dekat kematian dan semakin bertambah beban semakin kurang keupayaan,,Hanya Iman yg mampu melayari perahu kehidupan dgn penuh ketenangan menempuh ujian TULUS lah dgn ALLAH,,TULUS lah Sesama Insan hanya kesepakatan membawa kebaikan.Selamat Berpuasa Teman Ampunkan Segala Dosa,,,Jauhilah Persengketaan

Salam...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar...
InsyaAllah...Amin...




Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua





MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT SEKOLAH 2010


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT SEKOLAH 2010 TELAH DIRASMIKAN OLEH GURU BESAR SK TAMAN BUKIT TIRAM PN. FATIMAH BT. ABD. HAMID. BERTEMAKAN "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI", BULAN KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT SEKOLAH 2010 TELAH DILANCARKAN PADA 9 OGOS 2010 BERTEMPAT DI DATARAN INTELEK SK TAMAN BUKIT TIRAM.
Antara aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ialah:
  1. Kuiz kemerdekaan tahap 2
  2. Pertandingan mewarna tahap 1
  3. Pertandingan mencipta poster
  4. Pertandingan keceriaan kelas
  5. Pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan
  6. Pertandingan menulis esei
  7. Pertandingan mencipta buku skrap
  8. Pertandingan pakaian beragam

PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTINE "SELAMATKAN GAZA" (PERINGKAT SEKOLAH)

PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTINE "SELAMATKAN GAZA" (PERINGKAT SEKOLAH) TELAH DIADAKAN PADA 2 OGOS 2010 BERSAMAAN 21 SYAABAN 1431H. BERTEMPAT DI DATARAN INTELEK SK TAMAN BUKIT TIRAM, PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAKDIS SKTBT & PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SKTBT INI TELAH DIRASMIKAN OLEH GURU BESAR SKTBT PN. FATIMAH BT. ABD HAMID













sekalung budi dan penghargaan kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung

Selasa, 10 Ogos 2010

UJIAN SEGAK SIRI 2 2010

PANITIA PJK SKTBT TELAH MENGADAKAN UJIAN SEGAK SIRI 2 2010 PADA 20, 21 DAN 22 JULAI 2010 MELIBATKAN MURID-MURID TAHUN 4, 5 DAN 6.
TAHNIAH KEPADA SEMUA!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!









PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT UNIFORM SKTBT 2010






















Perkhemahan Tahunan Unit Uniform Tahun 4 & 5 SKTBT 2010 telah diadakan pada 23 dan 24 Julai bertempat di padang SK Taman Bukit Tiram. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program perkhemahan ini.

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selasa, 13 April 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SKTBT 2010





Sempena memperingati Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W...Menghayati Sirah Nabi... Tahniah kpd semua guru SKTBT bersama-sama menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 2010 pada tanggal 02 April 2010 yang lalu...






Selasa, 30 Mac 2010

Hamba dan Khalifah

Dalam satu ayat, Allah memberitahu kepada kita, “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Tetapi pada ayat yang lain, Allah menegaskan bahawa manusia ini adalah khalifah, sepertimana firmanNya: “Sesungguhnya Aku ingin jadikan khalifah di muka bumi.” Sekali pandang, seperti ada dua penyataan yang berbeza. Satu, Allah mahukan manusia menjadi hambaNya yang tidak lain hanya beribadah kepadaNya. Kemudian, Allah sebut manusia ini adalah khalifah. Apa itu khalifah? Khalifah itu adalah pengganti. Bermaksud, manusia ini adalah pengganti Tuhan di muka bumi. Atau dalam ertikata lain, khalifah ini adalah wakil Tuhan yang mentadbir makhluk, harta benda dan khazanah bumi Tuhan.

Sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaan pada segi tuntutan dalam dua ayat ini. Tinggal lagi ia berangkai dan kait-mengait. Dua ayat tersebut sebenarnya lazim melazimi atau lengkap-melengkapi. Pertama, Allah mahu manusia menguatkan hubungan denganNya. Menjadi hamba yang dekat denganNya dan sentiasa dalam keadaan beribadah. Itu tuntutan pertama. Tuntutan kedua itu pula adalah sebagai khalifah. Tuntutan kedua tidak boleh dilaksanakan jika tidak selesai tuntutan pertama. Tuntutan kedua tidak boleh dimulakan tanpa dimulai dengan tuntutan pertama.

Sebagai khalifah, manusia ini adalah wakil Tuhan. Wakil Tuhan kena benar-benar kenal dan cinta Tuhan. Kena benar-benar menghayati zat, sifat dan peranan Tuhan. Tanpa ini semua, mana mungkin manusia dapat menjadi wakil Tuhan. Mana mungkin manusia dapat tadbir manusia lain, juga harta benda dan khazanah bumi. Kalaulah diibaratkan kita ini duta atau wakil kepada seseorang, hubungan kita dengan orang itu kena mesra dan kuat. Kita kena selalu contact. Malah kena faham sifat dan tugas orang yang kita wakili sebelum kita benar-benar boleh berperanan sebagai wakil orang tersebut. Begitulah juga kita dengan Tuhan. Tidak mungkin kita boleh selesaikan tugas sebagai khalifah selagi kita tidak selesaikan tugas sebagai hamba Tuhan.

Oleh itu, tidak semudah yang disangka untuk menjadi khalifah. Malah, khalifah kenalah benar-benar berperanan sebagai hamba Tuhan. Barulah khalifah itu layak menjadi khalifah. Kalaulah perkara ini difahami semua, tak ramailah orang yang mahu berebut menjadi pemimpin. Mereka takut nak memimpin sebab merasa diri tidak layak. Mereka merasakan hubungan mereka sebagai hamba Tuhan belum selesai dan tidak sempurna. Mereka merasakan mereka belum benar-benar memahami Tuhan untuk jadi wakil Tuhan mentadbir kepunyaan Tuhan di muka bumi.

sumber:Suhaimi Abdul Rahim:march:30

UJIAN SEGAK SIRI 1 SKTBT 2010

Ujian SEGAK Siri 1 2010 telah dijalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal murid-murid tahap dua SKTBT pada hari sabtu 27.03.2010 lalu.




Murid-murid sedang mengambil kiraan nadi selepas aktiviti naik turun bangku.



Penerangan aktiviti bangkit tubi oleh cikgu Azwan.


Murid melakukan aktiviti bangkit tubi.

Ahad, 28 Mac 2010

Latihan Rumah Sukan SKTBT

Latihan rumah sukan sedang giat dijalankan sebagai usaha untuk memantapkan atlet rumah sukan masing-masing. Guru-guru komited dalam melatih dan juga memberi tips-tips berguna kepada murid-murid. Latihan rumah sukan pada hari Jumaat lalu mempunyai sedikit kerumitan kerana ruang padang terpaksa dikongsi bersama murid SJK(T) Ladang Ulu Tiram. Berkat toleransi dan saling menghormati, kerumitan ini dapat ditangani dengan penuh berhemah..








Cikgu Shamsiah sedang memberikan info dan strategi kepada peserta rumah Oren.


Rabu, 24 Mac 2010

SKTBTFC 2010






KARNIVAL BOLA SEPAK MSSD PASIR GUDANG TELAH DIADAKAN DI SK PERMAS JAYA 4 DAN SK PERMAS JAYA 3 PADA 23.02.2010 HINGGA 25.02.2010.

SKTBTFC (RANGKING 5-8 DALAM PPD PASIR GUDANG) DARIPADA 48 PASUKAN YANG BERTANDING. SYABAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG TERLIBAT...